Skip to toolbar
Pelan Pendapatan

5 Tips Super Affiliate Untuk ‘Newbie’

Buat duit melalui program affiliate telah menjadi salah satu platform yang paling popular di Internet. Ia popular adalah disebabkan keberkesanan sistemnya untuk memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang mempraktikkan jualan affiliate. Ramai yang ingin menjadi yang terbaik dalam pemasaran affiliate namun ia tetap tidak mengubah kenyataan hanya beberapa orang sahaja yang mampu bergelar ‘Super Affiliate’.

Untuk membantu anda menjana pendapatan yang lumayan melalui program affiliate, saya sertakan lima tips yang dipraktikkan oleh Super Affiliate untuk anda cuba.

Sembunyikan Link Affiliate Anda

Kadangkala, link affiliate berkeadaan sangat hodoh dan ia juga kadangkala membuatkan pengguna internet takut hendak klik url tersebut. Ini kerana, mereka menganggapnya mengandungi virus. Jadi, anda perlu sembunyikan link yang hodoh ini dengan mencantikkannya. Salah satunya adalah anda membeli domain anda sendiri dan setkan ia pada forwarding domain di mana setiap kali orang klik domain yang anda setkan ini, mereka akan dibawa ke laman web affliate yang anda promosikan tersebut.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan percuma seperti tinyurl.com dan lain–lain website yang anda boleh cari internet menggunakan frasa shorten click url. Link yang terurus akan memperkemaskan lagi promosi anda.

Menulis Artikel

Kaedah yang biasa digunakan oleh super affiliate untuk melakukan promosi adalah melalui pemasaran artikel. Tulis artikel dan hantar ia ke direktori artikel seperti ezine untuk melakukan promosi. Pemasaran artikel adalah teknik pemasaran yang tidak akan luput kerana orang sangat suka membaca. Mereka suka mencari maklumat di internet dan selalunya mereka mencari maklumat dalam bentuk artikel.

Dari artikel inilah anda meletakkan link produk affiliate di ‘resource box’ iaitu bahagian terakhir page artikel. Cara terbaik dalam pemasaran artikel adalah menulis sebanyak mungkin artikel dan hantarkan ia ke direktori artikel di mana jika artikel itu menarik dan ia mendapat perhatian pengguna, maka ia mampu menjadi pendapatan pasif anda untuk 2 dan 3 tahun akan datang.

Kecilkan ‘Niche’ Untuk Mengurangkan Persaingan

Tips seterusnya adalah kecilkan skop ‘niche’ anda untuk mengurangkan persaingan. Contohnya anda mempromosi produk kuruskan badan, kurangkan pesaing dengan memperkecilkan skop kuruskan badan kepada tips kuruskan badan untuk remaja wanita atau sebagainya. Untuk permulaan karier anda, ia boleh memberi kelebihan pada anda.

Lihat Apa Yang Pesaing Anda Lakukan

Anda telah memilih satu produk dan mahu mempromosikannya, namun ada beberapa perkara yang anda perlu pastikan dahulu. Taip di enjin carian keyword bagi produk anda. Di sana, lihat website yang berada pada kedudukan teratas. Kemudian, lihat bagaimana mereka melakukan promosi bagi produk affiliate yang sama niche dengan anda. Lihat bagaimana mereka memikat pelawat untuk membeli produk dari link affiliate mereka.

Dari sini, anda boleh ‘copy’ atau rancang sesuatu yang lain tetapi lebih hebat dari mereka. Jangan terhad pada satu keyword sahaja. Pelbagaikan keyword untuk menilai kemampuan sebenar pesaing-pesaing anda. Lagi banyak website untuk di rujuk, lagi baik keputusannya nanti.

Tingkatkan Ilmu Mengenai Niche Anda

Pemasaran anda akan lebih mengancam jika anda tahu lebih mengenai ‘niche’ anda.Berikut adalah beberapa perkara yang anda patut tahu:

  • Golongan prospek yang anda target.
  • Apa yang pelanggan ingin cari dalam ‘niche’ anda?
  • Bagaimana anda hendak menghampiri pelanggan anda? Adakah melalui video? Adakah melalui penulisan dan sebagainya?
  • Apakah teknik promosi terbaik untuk meningkatkan jualan anda.

Anda perlu tingkatkan pengetahuan anda dengan membaca satu atau dua buku berkenaan niche anda supaya anda boleh memahaminya dengan lebih mendalam lagi.

Artikel Berkaitan

3 Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button