Pelan Pendapatan

5 Pertimbangan Untuk Menyertai Program Affiliate

Buat duit secara online menerusi pemasaran affiliate tidaklah sesukar memilih program affiliate yang sesuai dan betul. Terdapat banyak program affiliate yang berada di pasaran antaranya ia diuruskan syarikat besar seperti ClickBank, Commision Junction dan LinkShare dan diuruskan oleh pihak persendirian seperti pengusaha ebook dan seumpamanya.

Bagi seorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Super Affiliate, anda perlu bijak memilih program affiliate untuk anda sertai dan lakukan promosi. Berikut adalah lima elemen yang anda perlu nilai sebelum anda mengambil keputusan untuk mempromosikan sesuatu produk affiliate tersebut.

Program Affiliate tersebut perlu adil dalam pembayaran komisyen

Daripada produk bernilai RM299, adakah adil jika anda hanya menerima RM30 bagi setiap jualan yang berjaya anda hasilkan?

Ia tidak adil kerana jumlahnya terlalu sedikit. Amatlah sukar untuk anda memujuk seseorang untuk membeli produk semahal itu dan ia mungkin mengambil masa yang agak lama. Jika komisyen anda terlalu sedikit, ia tidak berbaloi untuk anda perjuangkan.

Anda perlu bijak menilai dengan kemampuan yang anda ada. Kebiasaanya, newbie affiliate akan memulakan promosi dengan produk yang mempunyai harga dan komisyen yang rendah. Ini memberi kelebihan kepada mereka dari segi pasaran kerana produk murah selalunya mempunyai pasaran yang luas. Jadi mereka boleh mempraktikkan latihan menarik trafik di samping menjana pendapatan melalui program affiliate.

Program Affiliate tersebut mempunyai sistem tracking yang bagus

Tracking adalah sistem di mana ia merekodkan berapa kali link affiliate anda diklik, berapa orang yang membeli produk melalui link anda dan jumlah komisyen yang anda terima. Sekarang, sistem tracking sudah mempunyai satu kelebihan baru iaitu boleh mengetahui sumber klik bagi link affiliate anda.

Dengan adanya sistem tracking yang kemas dan tersusun, anda boleh gunakan maklumat yang anda dapat untuk merancang akitiviti promosi anda.

Dengan mengetahui daripada sumber mana yang memberi jumlah klik yang banyak, anda boleh merancang untuk memperkemaskan kaedah promosi di sana untuk meningkatkan lagi jumlah jualan anda. Perniagaan affiliate adalah seperti langgar lari di mana anda mempromosi sesuatu produk melalui kaedah tertentu dan anda akan biarkan ia untuk anda beralih kepada teknik promosi yang lain pula.

Melalui sistem tracking ini, anda boleh mengetahui teknik promosi yang paling berkesan untuk sesuatu produk dan anda boleh memberi tumpuan kepada kaedah tersebut bagi memaksimumkan pendapatan affiliate anda.

Kekerapan dan kaedah pembayaran

Perkara ketiga yang anda perlu semak adalah kekerapan dan kaedah pembayaran komisyen kepada anda. Jika kekerapan pembayaran adalah setiap bulan, anda boleh bersedia dengan modal secukupnya bagi bulan pertama kerana hasilnya anda hanya akan perolehi pada bulan berikutnya. Jika kaedah pembayaran adalah melalui cek dan ia pula adalah cek dari luar negara, ia mungkin akan mengambil masa sebulan dua untuk anda memperoleh keuntungan bersih.

Dengan maklumat ini, anda boleh jangkakan apa yang akan bakal terjadi. Jika anda terdesak mahukan wang, mungkin anda boleh menyertai program affiliate yang menawarkan pembayaran segera pada akaun anda bagi setiap jualan yang anda lakukan.

Adakah produk yang anda promosikan itu mempunyai masa depan yang cemerlang?

Bagi mereka yang mengumpul list untuk melakukan pemasaran affiliate, anda perlu utamakan elemen ini. Ini kerana, anda tidak mahu membazirkan list anda dengan hanya mempromosi satu produk affiliate sahaja. Pemasaran melalui emel adalah pemasaran yang paling jimat kerana kosnya hanyalah pada permulaan sahaja dan untung boleh dituai setiap kali anda melakukan pemasaran.

Adakah anda tahu mengenai produk tersebut?

Elemen terakhir yang perlu anda semak adalah pengetahuan anda mengenai produk yang bakal anda promosikan itu. Anda perlu tahu apa yang anda bakal promosikan supaya anda boleh rancang untuk:

  • Promosi kepada golongan yang mana
  • Berapa modal yang diperlukan
  • Kaedah promosi yang paling berkesan
  • Bagaimana hendak menulis copywriting yang menarik
  • Keyword yang ada permintaan
  • dan sebagainya.

Pada setiap produk atau program affiliate yang anda ingin sertai, anda boleh jadikan lima elemen di atas sebagai panduan bagi anda. Tidak mengapa jika kita melakukan promosi yang salah atau tidak berkesan daripada kita salah mempromosikan produk.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button