Pelan Penyimpanan
5 Perkara Yang Saya Ubah Untuk Jimatkan Wang

- Makan di luar
Makan di luar adalah mahal, anda akan belanja RM4,500 setahun iaitu (25 hari x 12 bulan = 300 hari x RM15) hanya untuk makan tengahari.Dengan membawa makan sendiri, anda akan jimat RM3,000. - Jus Segar
Kini, ramai yang mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dengan menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk jus segar dan makan organik. Cara paling mudah untuk hidup sihat adalah untuk makan dan minum secara sederhana. Anda akan berjimat RM3.00 (harga jus kedai di kedai = RM3.50, membeli sebiji oren berharga RM 1) - Langganan
Anda boleh tamatkan langganan televisyen atau pakej asas. Anda boleh tontot filem di pawagam, beli kemudian atau tontotn secara atas talian. Anda tidak perlu membayar RM150 sebulan hanya untuk langganan televisyen. - Keahlian Gim
Kos keahlian secara purata RM99 sebulan. Sebaliknya, saya menyertai kelab mendaki. Tiada perbelanjaan kecuali menikmati teh tarik sekali-sekala. - Tinggalkan kad di rumah
Jika saya tahu saya akan berada dalam situasi di mana saya terdorong untuk berbelanja, tetapi tidak benar-benar memerlukan apa-apa, saya simpan kad debit atau kad kredit di rumah. Kalau anda mempunyai troli yang penuh dengan makanan ringan apabila anda hanya memerlukan sekotak susu, maka teknik ini benar-benar berguna akan datang.
#jimatwang #jimatbelanja #jimatkos
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 82/Februari 2017