Pelan Pendapatan

5 Kesilapan Ketika Melakukan Pemasaran Emel

Di sini, saya akan huraikan perkara yang tidak patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran emel. Kadang-kadang kita terlalu terkehadapan ketika melakukan  sesuatu sehingga terlupa beberapa perkara yang tidak patut kita lakukan.

Kesilapan Pertama : Terlalu Obses Dengan Bilangan Emel Dalam Senarai Emel

Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie. Mereka menganggap pemasaran emel hanya berkesan kalau mempunyai list yang banyak. Sifat ini perlu dibuang kerana apa yang penting adalah kadar responsif dalam senarai emel anda.

IM yang bijak akan sentiasa memberi maklumat berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap emel yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan ini.

Memiliki senarai emel yang banyak hanya akan merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda mempunyai 20000 emel tetapi setiap kali anda menghantar emel, hanya 20 peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16000 emel yang lain.

Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar yuran autoresponder untuk menyimpan emel yang tidak berguna di dalam sistem autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi.

Kesilapan Kedua : Tidak Sabar Untuk Promosi Produk Kepada List Yang Baru Masuk

Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada emel tersebut. Perbuatan ini tida salah tetapi sangat salah. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga dengan perasaan pemilik emel ini.

Dalam pemasaran emel, anda perlu ada tempoh bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai emel anda.

Pandangan pertama adalah penting. Jika anda melakukan promosi pada emel pertama anda kepada pelanggan anda. Emel yang di hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan dibuka langsung oleh pemilik emel tersebut. Lebih teruk, mereka mungkin akan terus buang emel anda dengan hanya melihat nama anda sahaja.

Kesilapan Ketiga : Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran

Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran emel adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik emel adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan promosi membuta tuli, pemilik emel menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.

Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, emel yang anda hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik emel atau lebih teruk mereka akan terus setkan alamat emel anda sebagai spam.

Mulakan promosi dengan pengenalan produk, kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.

Kesilapan  Keempat : Menghantar Emel Yang Terlalu Panjang

Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar, mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda silap jika anda ingat pemilik emel akan membaca semua yang anda tulis kerana anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan.

Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan promosi 3 hingga 4 produk dalam satu emel. Tahukah anda? betapa menyampahnya pemilik emel untuk menerime emel yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis emel yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar emel dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin betul.

Kesilapan Kelima : Bersikap Tidak Professional Ketika Menghantar Emel

Penggunaan perkataan aku dan menganggap subscriber anda sebagai kawan adalah antara kesilapan yang di lakukan oleh IM. Mereka bukan kawan anda tetapi pelanggan anda. Sikap professional banyak di amalkan oleh IM-IM yang ada kredibiliti. Mereka melayan setiap karenah pelanggan dengan professioanal. Begitu juga dengan subscriber mereka.

Gunakan pendekatan personalize sudah cukup untuk mendekatkan diri anda dan subscriber anda. Ramai IM menganggap setiap subscriber adalah manusia biasa dan mereka menghantar emel dengan mengaggap seolah-olah subscriber mereka akan mendengar semua yang mereka katakan.

Mereka silap setiap subscriber di dalam senarai emel mereka bukanlah manusia biasa tetapi adalah pelanggan. Anda perlu melayan pelanggan anda secara professional seolah-olah anda berada di dunia sebenar.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button