10 Langkah Untuk Menyertai Pembidaan Rumah Lelong

- Kenal pasti rumah yang bakal dibeli
Anda boleh mengenal pasti rumah-rumah yang dilelong di laman sesawang seperti lelongtips.com.my dan auctionlist.com.my. Selain itu, maklumat rumah lelong juga diiklankan di akhbar.
- Buat kajian mengenai rumah tersebut
Dapatkan pengisytiharan jualan dan dapatkan carian hak milik rumah tersebut. Ini akan membantu anda untuk mengetahui lokasi serta ciri-ciri rumah yang akan dilelong itu.
- Periksa rumah yang bakal dilelong
Jangan hanya bergantung keoada huraian pada iklan sahaja! Pergu ke lokasi yang bakal dilelong supaya anda mengetahui keadaan persekitaran rumah tersebut
- Hubungi pelelong dan ejen jualan
Ini adalah untuk mendapatkan maklumat tambahan yang tidak terkandung dalam huraian dan iklan.
- Sediakan draf bank
Pastikan anda sediakan draf bank dengan jumlah lebih kurang 10% daripada harga bidaan.
- Daftarkan diri untuk hari lelongan
Dapatkan terma dan syarat jualan daripada pelelong. Kad bidaan dengan nombor akan diberi sebagai tanda pengenalan sewaktu proses lelongan.
- Baca terma dan syarat proses lelongan
Dapatkan pengesahan daripada pelelong sekiranya ada maklumat yang tidak jelas sebelum lelongan bermula.
- Bidaan bermula
Sebaik sahaja pelelong membuat pengumuman. Pembida akan menggunakan kad mereka untuk membida (proses bidaan ini mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain).
- Pembida yang berjaya
Pembida yang berjaya ialah pembida dengan harga tertinggi sewaktu proses pembidaan. Apabila pelelong mengetuk pemukul kayu (mallet), rumah tersebut telah dijual.
- Tandatangani kontrak jualan
Pembida akan menerima kontrak yang telah dimeterai selepas semua proses selesai. Hubungi bank untuk proses pembiayaan.
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 92/Disember 2017