Pengurusan KewanganPerancangan Kewangan

10 Keputusan Kewangan Yang Perlu Dicapai Apabila Berumur 30 Tahun

Anda mungkin pernah mendengar ungkapan “Kehidupan sebenar adalah bermula pada angka 30”. Individu yang bakal mencecah umur 30 tahun mungkin sedang melalui matlamat kewangan yang paling besar, seperti menempuh alam perkahwinan, persediaan mempunyai anak, membuat keputusan membeli rumah baru dan sebagainya. Pada umur 30 tahun, sikap anda terhadap keputusan kewangan juga perlu mencerminkan kematangan diri anda. Anda seharusnya tidak mengulangi kesilapan yang anda telah lakukan pada masa lampau. Ketika ini, anda tentu sudah mempunyai pengetahuan tentang konsep kewangan yang asas.

Berikut adalah senarai matlamat kewangan yang perlu anda capai ketika berumur 30 tahun secara realistik:-

  1. Nilai wang anda dengan sewajarnya

Anda bekerja keras untuk memperoleh wang. Anda boleh kehilangan wang sekiranya anda tidak memberi nilai terhadap usaha anda memperoleh wang. Oleh itu, tingkatkan kuasa anda sebagai seorang pengguna. Jadilah pengguna yang bijak dan boleh menilai kualiti sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda. Elakkan diri anda daripada ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

  1. Beri perhatian terhadap terma dan syarat

Sebelum menandatangani sesuatu kontrak, anda perlu meneliti butiran dan kandungan kontrak tersebut. Anda perlu melakukannya terutama apabila melibatkan pinjaman pembiayaan rumah selama 30 tahun atau melabur dalam unit saham. Langkah ini dapat memastikan anda benar-benar memahami risiko terhadap keputusan kewangan yang anda lakukan.

  1. Tahu Hak Anda

Anda perlu mengetahui hak anda, sama ada anda merupakan seorang pengguna, penyewa, pelabur atau pembeli hartanah. Semak maklumat yang anda tidak pasti di internet, meminta pandangan rakan-rakan dan ahli keluarga sebelum membuat keputusan yang penting. Pastikan terma dan syarat adil bagi kedua-dua pihak.

  1. Kawal Wang Anda

Periksa sama ada, “Adakah anda mengawal wang atau wang mengawal anda?” Ketahui sifat sebenar anda. Sekiranya anda merupakan seorang yang boros dan tidak mempunyai simpanan tambahan di bank, maka anda perlu membuat kawalan terhadap wang. Wang yang anda peroleh perlu disesuaikan dengan perbelanjaan anda. Dapatkan bantuan dan sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan bahan bacaan melalui internet bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bagi kawalan terhadap wang anda

  1. Fahami profil kewangan anda

Langkah pertama untuk membuat keputusan kewangan yang terbaik adalah mengetahui profil kewangan anda. Berikut adalah beberapa soalan bagi mengetahui profil anda:-

  • Adakah anda berminat mengambil risiko pelaburan yang besar atau anda lebih suka kepada pelaburan pulangan yang lebih rendah?
  • Adakah anda berhati-hati terhadap perbelanjaan anda?
  • Adakah anda membayar pinjaman tepat pada masanya ?
  • Berapa banyakkah wang yang anda belanjakan dan adakah anda mampu berbelanja sedemikian? • Adakah anda benar-benar ingin memiliki harta sendiri?
  • Berapa banyakkah pelan insurans yang anda miliki.

Berdasarkan soalan-soalan ini, anda akan mengetahui tahap kewangan dengan lebih baik. Mengetahui tabiat dan personaliti anda terhadap wang akan membantu anda merangka pelan yang memenuhi keperluan peribadi anda.

  1. Mempunyai pelan dan perancangan kewangan yang teratur

Setelah memahami profil kewangan, ia akan memudahkan anda membuat pelan dan perancangan kewangan dengan lebih teratur. Rancangan kewangan perlu diatur mengikut kemampuan dan gaya hidup anda. Andalah yang memilih untuk menentukan tahap kehidupan anda pada masa akan datang

  1. Terlalu salahkan diri apabila melakukan kesilapan

Setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Katakan tiba-tiba anda mendapat panggilan telefon daripada pihak bank, yang meminta anda menyelesaikan hutang pinjaman sewa beli rakan anda yang anda ialah penjaminnya. Anda akan tentu berasa kecewa sekiranya anda telah bersetuju menjadi penjamin tanpa memahami sifat jaminan tersebut atau memahami hak dan liabiliti seseorang penjamin sebelum menandatangai kontrak jaminan. Kesilapan pertama memberi anda pengajaran pada masa akan datang. Jangan putus asa untuk berusaha untuk perbaiki kelemahan anda.

  1. Membuat keputusan kewangan

Fikirkan untuk membuat keputusan kewangan yang lebih besar. Buat keputusan yang tepat untuk memenuhi keperluan dan menyara kehidupan anda sekeluarga. Anda boleh membaca profil individu-individu yang telah berjaya pada usia 30 tahun bagi memberi semangat kepada anda untuk berjaya.

  1. Buat simpanan sebanyak yang boleh

Hanya anda sahaja yang tahu berapakah simpanan yang perlu anda peruntukan. Ia bergantung kepada kemampuan seseorang. Matlamat simpanan setiap orang mungkin berbeza. Ia mungkin untuk persaraan, pendidikan anak-anak, kecemasan, kesihatan dan yang paling penting anda bersedia menghadapi sebarang Hanya anda sahaja yang tahu berapakah simpanan yang perlu anda peruntukkan. Ia bergantung pada kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.

  1. Perlu ingat: Ia hanyalah wang

Daripada senarai-senarai di atas, anda telah memahami kepentingan wang dalam kehidupan anda. Walau bagaimanapun, anda jangan terlalu memikirkan wang secara berlebihan. Contohnya bekerja tanpa rehat secukupnya, ia akan memudaratkan kesihatan serta menyebabkan hubungan kekeluargaan anda semakin terhad. Oleh itu, seimbangkan kehidupan anda dengan keluarga, dan pada masa yang sama, anda tenang melakukan tugasan harian seperti biasa.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 57/Januari 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lihat Juga
Close
Back to top button